Saturday, December 14, 2013

Runsing vs Bahagia?

Minggu depan adalah minggu terakhir kuliah , kemudian STUDY WEEK dan kemudian EXAM.

Fuhh.. Kejap je masa berlalu, rasa mcm baru je lepas Minggu Haluan Siswa (MHS).. 

Dalam Sem 1 ni banyak lagi benda yang perlu belajar bukan sahaja dari sudut akademik malah dalam setiap aspek percakapan, pergaulan, pengurusan masa, kawalan emosi, kewangan dan sebagainya untuk akan datang..

HMMM .. kadang-kadang terasa down teramat down, kadang-kadang rasa semangat, gembira.. bercampur baur.. pernah tak rasa macam ni? tapi puncanya tak tahu yang mana satu? Banyak sangat fikir mungkin..

Perkara yang merunsingkan :

1. Belajar : terfikir sebentar selama di universiti ni , apa yang aku belajar? result? first class? erghh... T_T



2. Kewangan : Boros? rasa macam tak je.. ye ke? kawan-kawan Ruby boros x? rasa kedekut gila kot, selagi ada yang murah , selagi ada yang nak belanja on je.. haha.. Bila duit dah x ada sangat-sangat baru minta parents.. #segan sebenarnya nak minta.. Asasi dulu if duit parents kasi habis at least bole guna duit elaun. Sekarang? JPA tak tanggung course pendidikan.. Dah mula jatuh cinta dengan pendidikan ni tapi bila dalam keadaan kesempitan ini, mungkin perlu berkorban untuk memudahkan yang lain.. Boleh keh macam tu?



Setakat ni dua perkara besar ni yang merunsingkan.. Ada lagi perkara-perkara kecil-kecil (x perlu mungin mention di sini) simpan dalam hati kemas-kemas

Tadi perkara yang merungsingkan.. sekarang Antara perkara yang membahagiakan...

1. Dapat fon dari seorang sahabat .. hiks! :D Jujur cakap terkezot sebenarnya, x kisah fon mahal ke murah ke janji bole guna. Fon Ruby sebelum ni x bole masukkan watsup, if download sekali pun kena telan krdit sedih :( Then fon yang dapat ni, ada watsup. Nampak simple tapi bagi Ruby sangat berharga.. Banyak membantu :) Insta Ruby baru je ada.. hehe.. follow laa kalau rasa nak follow, tak nak x paksa.. haha 



2. Met Weird person.. Apakah? Haha.. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan dan perlu dirungkaikan.. Alhamdulillah satu per satu dirungkaikan dengan baik dan harapan menggunung agar berjalan dengan baik selepas ini dan bertambah baik utk seterusnya..

Melancong ke Singapore pon bole dikategorikan dalam saat membahagiakan tapi x dapat main roller coaster terpanjang itu yang agak menyedihkan coz of dalam proses untuk baik pulih ... hmmm dan rentetan yang lain.. shhh..~

Sorry entry tak berapa nak gempak meletOp kebam bom.. haha.. Nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati sajoo.. 

EXAM.. EXAM.. EXAMM.. psst : macam mana nak kurus ?? eh! kbai..


Friday, December 6, 2013

Byee!!

BYEE Malaysia !!

Maaf salah silap, doakan keselamatan kami pergi dan balik..  Hope cuaca baik di sana.. :)

Panjang umur , ada rezeki Ruby pulang balik ke Malaysia deh.. hihi

Kalau ada nak pesan apa-apa.. PM dan duit sekali.. haha .. Assalamualaikum..





SENYUM :) psstt.. act belakang Ruby tu my English Teacher.. hiks..



Wednesday, December 4, 2013

Mencari Kekuatan yang Hilang.....

Jujur kecewa, terkilan, sedih, gembira semua bercampur baur... Ya Allah ujian demi ujian bertimpa-timpa atas diri yang lemah ini :( tapi masih berpegang teguh dengan ayat suci Al-Quraan ini

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…." (al-Baqarah 286)

Final exam semakin hampir, Ya Allah teguhkan hati ini untuk melalui liku-liku kehidupan ini..

Yakin percaya ada hikmah semua ini, selagi mampu akan terus menunggu dan terus bertahan... Jika sebaliknya, mohon kekuatan kepada yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan yang masih jauh perjalanan selagi hayat dikandung badan. 

Mulut ini kata "lepaskan" tapi hati kata lain.. Dua keadaan yang berbeza tapi semua ini bertitik tolak dengan hati. Perempuan/ Wanita jujur rata-rata bermain dengan emosi.. Kaum lelaki perlu lebih bijak atasi masalah ini, JANGAN ikut rentak mereka! Andai TER ikut rentak mereka sama seperti pendek akal. Fikir sedalam-dalamnya.




Jangan diuji kesetiaan seorang wanita...


Wanita biasa. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, jangan dibiarkan terlalu lama. Tidak mengharapkan lebih, sekadar kebahagiaan,keselesaan, dan ketenangan bertitik tolak dari agama. Rentetan dari ini akan wujud kemewahan.. Kemewahan dari pelbagai sudut : wang, kerjaya, pendidikan, zuriat.....


Hidup di dunia sementara, untuk dapatkan akhirat perlu dapatkan dunia juga tapi biarlah seimbang. Mengigatkan diri ini yang mudah alpa, manusia biasa yang melakukan kesilapan.


#IkhlasDariHati #TerkesanDalamHati




Yakin dan Pasti dengan janji Allah :')

Wednesday, November 6, 2013

Main Pointss

Masih berfungsi blog ini? zzz

Cuti Mid Sem!ouh yeahh cuti yang ditunggu-tunggu bagi warga yang tinggal berjauhan dari universiti.. hmm..

Act entry kali ni tak nak upload gambar bebanyak sekadar luahan hati yang terbuku setelah sekian lama.. perghhh ayat awak Ruby -__- 

Kehidupan sebagai seorang yang bergelar pelajar, kesibukan harian biasa dalam rutin seharian di kampus. Time management/ penurusan masa sangat penting dalam merancang aktiviti seharian. Melangkah alam degree totally agak berbeza dari zaman foundation dulu, boleh dikatakan setiap malam tak melekat di bilik means ada meeting/ training or so on.. balik dari fakulti kadang-kadang maghrib, ikut keadaan. 


Lepas kuliah depend on group, ada dissucussion grouping : perbentangan , assignment, kem. Aktiviti yang berbeza seharian dan Ruby perlu enjoy untuk hadapi semua ni, kalau tak enjoy akan berlaku impak negatif dalam diri, stress, homesick and what ever yang boleh mengganggu afektif dan secara tak langsung akan berlarutan mengganggu kognitif dan psikomotor.

Nak update blog time busy, memang x boleh nak fokus 100%. Sesetengah orang maybe bole update time busy, dapat hilang stress.. Tapi bagi Ruby.. NO! on9 curi-curi masa, on kejap fb tengok group ada apa yang penting then update jap twitter if stress ke, gembira ke kan.. haha bajetretis 

Mr Arrogant?

Tengok tak cerita ni di tv 3? Ruby tahu cerita ni masa balik rumah ayah yang bagitahu "Mak layan cerita Mr Arrogant setiap hari" hahaha serious kelakar! mak susah kot nak mengadap tv, sekali mengadap , mak akan fokus sampai habis episod. Ruby tahu lepas dah nak habis cerita ni.. SO SAD! kalau masa foundation dulu, akan ada masa mengadap at least "tonton" layan cerita-cerita macam ni.. hmm.. 

Then cuti mid sem ni lahh Ruby ambil kesempatan kejap layan yang mana tertangguh.. haha.. Hero nya nama Irham if I'm not mistaken, tapi perangai lebih kurang "abang" dia.. haha

Fokus utama di sini totally bukan nak sentuh tentang cerita tv 3 ni,



 tapi tentang Mr Arrogant yang "ajaib". Nak kata "ajaib" sangat pun tak, haha sebab wujud je kat dunia ni.. krik3

Bukan niat di hati nak cakap arrogant ke hape, tapi titik permulaanya serious arrogant what! haha..

Tak salah untuk kejar sesuatu tapi jangan sampai abaikan yang lain :) dapat tak? Semua orang ada masa 24 jam sehari, setiap orang ada matlamat masing-masing. Bila kita dah berani untuk ambil risiko ke atas sesuatu, means kita kena berani untuk hadapi sesuatu.

Sebagai contoh : Hati Wanita.. nampak simple tapi dalam hati wanita itu macam-macam cabang ada.. ce g godek.. haha

Terigt seorang lecturer Ruby pernah berkata , ayatnya lebih kurang macam ni laa.. "stress ni ada kebaikan dan keburukannya.. setiap orang perlu ada rasa stress tapi stress yang positif. Stress positif bagus supaya kita tak berasa sangat selesa dalam keadaan sekarang."

Main Pointnya kat sini ialah, bagi Ruby, stress tinggi melangit sekali pun, bila orang yang kita sayang call, mak ayah or sape-sape je, cuba untuk lindung apa yang tersirat. Means, masa angkat call cuba untuk ceria even Tuhan je tahu perasaan berkecamuk dalam hati. Cuba untuk ceria kan hati sendiri. Fokus tu penting tapi jangan sampai satu tahap, hidup ni seolah-olah tiada "life" then melarat sampai bosan dengan rutin harian. 

Tak salah untuk "berlari" capai sesuatu yang diingini, tapi jangan sampai ada yang terasa terpinggir dengan sikap yang "menggila" dengan kerja. Apa yang kita lakukan sekarang adalah corak untuk masa depan. Ruby sendiri "gila" dengan kerja cuma tak sampai tahap "menggila" still have time with friends, buddies, family.. Sharing problem and soo on..



Cari masa untuk hiburkan hati, dengar lagu ke, senyum pon bole :)

Next topic.. bercakap secara general nya.. setiap orang cara pemikiran, daya pemikiran lain-lain. Sebagai mahasiswa/mahasiswi be open minded.. Jangan terlalu kecil kan skop pemikiran.. Bila kita nampak sesuatu yang weird yang buruk, jangan terlalu awal nak judge.. ouh she/he/they the worst human in the world! WHO ARE YOU TO JUDGE PEOPLE LIKE THAT HUH? Jangan sebab satu perkara buruk, hilang SEMUA kebaikan yang pernah lakukan. Got it?
Sorry to say I hate thinker like that.. pleaseee be professional.. 


Tak semua orang "tudung labuh" dan "budak sekolah agama" itu jahat dan tak "semua juga tudung pendek/biasa-biasa" itu baik dan "budak sekolah biasa" baik. It depend on individual untuk create diri sendiri sama ada untuk jerumuskan diri sendiri ke arah kedamaian atau kehinaan.

I can't speak face to face with secular thinker because its totally different with people open minded. Its better than Ruby diam dan berfikir how to solve this problem with secular thinker. Sorry to say, ayat ni agak kejam dengan perkataan "secular thinker". Untuk elak diri dari terjerumus dengan golongan ni, perlu banyak bergaul, berkawan, buat research, bertanya pendapat. Jangan hanya nak guna depend on pengalaman yang ciput, orang cakap.. orang cakap.. Seriously, Ruby paling benci ayat, mana dapat fakta ni? "orang cakap, orang cakap" siapa orang cakap tuu??? Nampak kepincangan besar kat situ!

Kadang-kadang mungkin akan nampak Ruby ni macam tak sebijak orang lain berani untuk lontarkan apa yang terbuku tapi Ruby ada alternatif lain untuk sampaikan.. Because of what? First, Ruby tak nak besar kan hal kecil untuk jadi satu peperangan dunia ke 3 dan tak perlu mungkin macam nak naik turun mahkamah. Second, its better taip/tulis sebabnya, mulut Ruby ni pun kadang-kadang lancang juga berbicara, lebih baik Ruby taip/tulis supaya ada tapisan-tapisan dan point penting sampai kepada pembaca. Third, its doesnt means "pengechot" bila taip/tulis, bole sajjoo nak berdebat or what ever, darah perdebatan masih mengalir dalam diri ini.. hah! ini ayat sumpah poyo Ruby! haha.. klo dah start berdebat memang pantang kalah.. ada je nak belok ke kiri kanan cari kelopongan kepincangan pihak lawan.


Setakat ini dulu lah luahan terbuku.. First point, Mr Arrogant. Second, Secular Thinker.
Dibenarkan untuk saling menasihati dan diberi galakkan yang sangat menggalakkan, tapi..... ada caranya.. andai tersalah cara untuk beri teguran, slow talk, dengar, fikir, dan renung-renungkan. Yang baik ambil yang buruk jadikan sepadan. Hidup bukan setakat di dunia je tapi akhirat sana kekal abadi.. Seiring dengan alam perkahwinan, kahwin bukan untuk sehari, dua je tapi hingga ke JANNAH sana insyaAllah.. *ttbe, hehe

Bye.. Assalamualaikum :) Love You "Mr Arrogant"

Sunday, October 20, 2013

"Saat Bahagia" :)

Entry kali ini...


Semua orang pernah merasakan saat "bahagia" mereka.. dan setiap orang berlainan saat "bahagia".. Mungkin bagi mereka saat bahagia mereka adalah "saat Ijab Kabul", "saat malam..." haha sengal, saat bersama-sama keluarga" dan sebagainya...

Saat "bahagia" Ruby macam mana pulak? Ruby dah kahwin ke? Ohh.. belum lagi.. Jangan ditanya soalan itu, agak sensitif didengar kerana baru setahun jagung masuk alam degree ni, hehe.. Sampai masanya nanti, insyaAllah dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran Ruby akan announce :) Tunggu tau!

Antara saat "bahagia" Ruby bilaa................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Kenangan bersama Sahabat-sahabat yang disayangi :)

       


      
First of all, pergi berkelah di Bukit Merah, Perak. Kenangan ini terpahat, coz first time dapat berkelah. Bukan senang parents Ruby nak lepas T_T bulan Mei 2012 masa cuti sem :)


                 
Next , rehlah Majmuah 5 .. Sayang korang ketat2.. ehee.. Banyak sebenarnya rehalah dan ini antara nya :)


                                                                                


Futsal Majmuah 5.. Alhamdulillah dapat Johan keseluruhan :) Major injured lepas game, termasuk Ruby.. sobbs

Sayang Ahli Majmuah 5 :)
           


         
Adilla Rahim :) Dia ni pelik sikit... yeke sikit? banyak la jugak .. Pernah masa form 1 dulu, Ruby pelik dengan Adilla ni.. Selalu ikut Ruby ke mana-mana je masa tu tgh ada match hoki.. then terjadilah perbualan yang Ruby ingat sampai sekarang... Perbualan kami lebih kurang macam ni laa..


Di Padang Hoki sebelum pertandingan bermula..
Ruby : Hang ni awat asyik ikut aku tak tau.. P la tempat lain.. haishh!! *muka bengang
Adilla : Kenapa? Aku nak kawan dengan hang.. Tak boleh ka? :( *muka Adilla time tu comel sangat, haha.
Ruby : *tersentuh (dalam hati)
Adilla : Aton aku ada bawa Nasi Goreng Udang, umi aku masak. Jom kita makan sama-sama.. Sedap umi aku masak :) *sekali lagi muka Dila buat muka comel, haha
Ruby : Ya ka? Boleh juga.. *dengan muka tak malunya , haha

See Ruby ni memang bab makan je terus lembut hati.. haihh 
Good luck Dila yang berada di US.. thnx belanja Nandos before fly hari tu.. Sayang awak :)


Keluar sesama Adilla, Aiyshah, Aton.. HAHA



                        
Wanis , Aliah , Ruby :)   _ Shah , Ruby , Wanis



                                           

Eda! AiR@ <3 blink3 , Aida ni unik.. serious unik :) baju kami sama see picture sebelah kanan.. Tapi Aida tak pakai kain nye.. katanya kain dia senteng.. hmm :(

Pic ni ambil lepas je keluar dewan exam.. haha.. Gaya tunjuk slip macam baru keluar result kan ~_~
                                             



Aifa belnja Secret Recepi~ Yummy! Kenangan ini berlaku di Kelantan ketika masih Asasi di Nilam Puri. #GileSkemaAyat



                  

Hai Mek Inah! Banyak juga kenangan denga Mek Inah a.k.a SaR@ a.k.a Sakinah a.k.a Adik.. hua2

Mek Inah ni rajin g ambil Ruby pepagi buta di aiport masa di Kelantan dulu. Mandi tu jatuh no ke 100, ambil Ruby tu penting nanti kena beletiaq lambaat sampai.. haha..




                

 

Kisah Qmey aka Luqman a.k.a MeyR@.. Sorang lagi pelik orangnya.. 2 gambar keadaan yang berbeza. Apa-apa pun semoga cepat sembuh dehh.. boleh g derak sama-sama deh.. boleh awak belanja lagi deh.. haha



Saat Menziarahi Qmey 





















Last but not least, hee.. Zafirah :) Sahabat yang lama still contct sampai sekarang. Berkawan sejak kecil berkenalan di Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP)

Gambar yang keluar tahun ni tak transfer lagi.. heee.. kami g Karok, haha


That's all form Ruby.. 
Ruby suka sangat-sangat bila dapat keluar sama-sama, makan sesama, kongsi masalah sesama... Ruby senang nak masuk dengan sesiapa saja, selagi menjaga batas. Manusia tak sempurna, kadang-kadang mulut ini lancang berbicara, perbuatan yang menyakitkan.

Tapi percayalah, dari situ lah bermula titik tolak akan saling menyayangi, saling mempercayai, selagi hayat dikandung badan once dah mulakan persahabatan, jangan pernah untuk memutuskan. 

Bermula itu senang tapi untuk mempertahankan persahabatan bukan suatu yang mudah. :')

Ruby sayang sahabat-sahabat dan kawan-kawan Ruby.. Doakan kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat :)


Friday, October 4, 2013

Alam Baru

Fuh.. fuhh berhabuk sudaa blog ni.. lama tak update atas beberapa faktor... krik3

Alhamdulillah kini genap umur 20 tahun.. :D dah bole kawin dah! haha gelenya

Alam baru? Apakah..? 

Setelah berbulan-bulan lamanya Ruby cuti, 1/9/2013 Ahad merupakan hari pendaftaran undergraduate Ruby dan rakan-rakan seangkatan di Universiti Malaya Kuala Lumpur.. hiiks *teruja sebentar blink3

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan


Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan


Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa


Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya

Eh.. eh .. bernyanyi pulak.. haha..

Bagi students first year akan dapat kolej, dan kolej Ruby adalah Kolej Kediaman Ke 7 (Za'ba)




Keunikan kolej kediaman Ruby antaranya .. di sini ditempatkan Orang Kelainan Upaya..
 Kolej korang ada? ^_^

 dan penghuni kolej ini terkenal dengan ringan tulang membantu yang kelainan upaya.. Hope Ruby pun bersama-sama ringan tulang membantu kepada yang memerlukan.. ehehe..

Seperti biasa first week mesti laa Minggu Haluan Siswa (MHS) .
MHS UM ni unik sedikit, yeke sedikit? banyak rasanya.. haha.. kemeriahannya, aktivitinya.. memang perghh..
Letih tu normal.. berlari-lari biasa.. Psiko biasa.. hmm
 ahaks!


  Pengalaman MHS tak akan dilupakan.. hewhew..



Jodoh dengan Aida panjang.. Kami sekolej.. hiks
Aida tahu gambar dia masuk blog ni mesti bising2 nanti.. haha



Mek Inah! Kinabalu..~ tahniah Kinabalu Johan Cheers :)



My new roomate , Kedah :) Peah



Dewan Za'ba



Bila dalam DTC macam ragam dan cheers akan keluar dari kolej kediaman..
Riuh! Abaikan jari kelingking yang terkeluar, tak ada niat nk tiru mana2 tanda ok!




                 

Alhamdulillah.. Akhirnya.. hehe



UM is one :D
sori video x berapa nak clear.. huhu




Suka2 tengok PM buat cheers! semangat!




Cheers ni antara yang Ruby suka.. haha
Terigt giga sergah "Tak de kan!" grr..



Aida ni duduk senyap!


Walaupun MHS ini sudah berlalu sebulan yang lalu tapi masih segar dalam ingatan :)

Alumni UM turut di jemput antara yang dijemput Pak Nil.. hmm teruja la juga bila dapat tgk life talk Pak Nil.. Pandalela Rinong turut bagi talk penerjun Malaysia yang berjaya mendapat pingat gangsa kejohanan dunia.. :)



Terima kasih kepada Pemudah cara Mahasiswa, PM central.. dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Maka bermula lah sambungan perjuangan baru Ruby di tempat yang baru, pengalaman yang baru, masalah baru, segala-galanya baru.. Ruby kena kuat2!

Doakan supaya Ruby dan rakan-rakan berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda ini.. Suka tengok orang konvo.. *topi bulat >_<

Course yang Ruby ambil di UM , Pendidikan Islam (Pengajian Islam) atas pilihan mak ayah insyaAllah Ruby akan cuba sehabis baik. 

Yakin dengan pilihan yang ditentukan ini akan membuahkan hasil bukan sahaja untuk diri sendiri tapi bersama-sama untuk membangunkan keluarga, masyarakat, dan negara di mata dunia.. INSYAALLAH :)



Qmey semoga awak cepat sihat dan bole jalan tau!
Bole kita g derak samo2.. haha .. Doakan dia yee.. :')



Monday, August 26, 2013

Pra Open House

Me : What? Tangguh Minggu Depan? Alaaaaa...!! Aton dah bagi tahu kawan-kawan kot suruh datang Sabtu ni.. :( 
(dalam hati dah mulaa nak tangkap leleh)

Mak : Mak Ayah ada kerja minggu ni, tangguh minggu depan. Mak janji insyaAllah..

Me : Betul ni?? Ok.. Kena bagitahu semula.. hmm

See..~ Mak sayang Aton kan? haha.. Kejap Aton, Kejap Ruby, What derr...  Cool~

Aton tu panggilan manja untuk family dan yang berdekatan dan
Ruby panggilan untuk kawan-kawan.. So korang nak panggil apa? Ruby! Tak da Aton2.. haha.. Get it?

Then pilih 24/8/2013, Sabtu tarikh keramat julung kalinya Ruby sendiri tergerak hati nak buat open house tapi kos tanggungan semua parents tanggung.. haha.. #sengal

Sebelum bermulanya open house, ada Pra open house.. gulp! Apakah?

Ceritanya macam ni, sebelum Ruby buat open house Sepasang Suami Isteri yang baru diijabkabulkan datang ziarah rumah Ruby.. Perghh! Memang kelam kabot mengemas, mengemop dalam masa 1 jam.. Ingat dah tak jadi datang.. TUP TUP jadi! hah! Amek kau Ruby!!

Siapakah gerangan Suami Isteri tu? krik3

.
.
.
.
.
.




Kak Ida dan Akh Izzaz :)
Barakallah ..





Semangat mak cerita sambil "jentik" buah jentik-jentik.. Kak Ida ingat tak kenangan ni? haha



Mak kupas topik apa ni sampai semua muka berkerut kecuali Ruby! haha cool je ~ err..




Nampak tak ktorg makan secara serentak? hiks.. haha




Terima Kasih Kak Ida dan Akh Izzaz , ada rezeki jemput datang lagi rumah kami yang sederhana ini :)


Wani pun nak bergambar juga ~ OK. 


Imbau kembali Kenangan pergi Walimah mereka di Kulim





Bila Kakak dan Adik BERGABUNG
Btw pandai Kak Ida posing.. haha




Simple and Nice :)



Dah berkemas-kemas kat belakang 
Ruby and Adibah antara tetamu yang terakhir datang, haha.. 



Last one gambar diambil before balik , SENYUM ~ :D

***
 Sampai rumah dalam pukul 6 petang , then Parents ajak siap-siap nak pergi open house YB di Kepala Batas.. ok! jom!


Nampak tak kesesakan dan kemeriahan yang berlaku? -___- 


Macam persembahan ada. Antaranya  persembahan BORIA.. Penang terkenal dengan Boria.. ewaahhh !



Semangat je Mak beratur nak ambil satay kan?? haha.. Adib tengah bersabar je ramai sangat yang main redah potong line.. Kasi "potong" mau? haha


Di sini tempat makan kami, sadis kan? haha
Meja semua dah penuh.. 



Kami bersila ramai-ramai di sini. 
Ammar dan Ayah dah masuk kereta lepas dapat murtabak sebiji, haha.. Kami terpisah sementara.


Dalam pukul 10 malam, kami pun bertolak balik rumah :D letih juga, dalam sehari pergi 2 kenduri , malam pergi open house bersesak sesak nak dapatkan makanan FREE! 

Makanan paling sedap kan makanan FREE.. haha.. Save duit untuk sehari tu.. 

Cukuplah Untuk Entry kali ni, Azan Maghrib pun akan berkumandang kejap lagi.. 

Akan datang insyaAllah Ruby akan kongsikan REAL OPEN HOUSE , kecil-kecilan je buat untuk kawan-kawan dan saudara mara :)

Terima kasih sudi baca.. Bye.. Salam Syawal :)