Friday, July 29, 2016

Cakkkk!! Hehe

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi!!

Setelah 5 bulan tertangguhh akhirnya berjaya hapdet blog.. hehe

Kekangan masa dan faktor "kerajinan" yang membuatkan jarang update blog, lebih aktif update di https://www.instagram.com/permaisuri_official/  cepat sikit.. heee




Hai..


Pejam celik pejam celik habis sudaaa semester 6, result pun baru je release. Mentitik ayaq mata hantar skema jawapan exam tersedut kembali. Alhamdulillah 'ala kulli hal.. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas.. Terima kasih dan berkat doa mak ayah, family, para pensyarah, sahabat2 dan "super someone" , berkat bulan Ramadhan untuk kali ke 6 Pass with... #roadtosemester7 warghhh kejap je masa berlalu dah nak final year..




#takanterpisah


Kalau nak cerita kisah semester 6. Banyak juga "peristiwa" yang berlaku semester 6. Suka duka pasti ada..Timba pengalaman baru.. Jumpa "kenalan" baru.. ehh

Semester 6 ada turning point sikit. Setelah setahun lebih cuba "menyepi" dari kisah hati.. Ada yang cuba mengetuk, diketuk, terketuk.. ehhh apa benda aku cakap nii hahaha.. Ok abaikan..

***

Sebenarnya tak ada la menarik sangat nak kongsi kisah cuma Ruby ingat balik apa yang berlaku selama Semester 6. I try okay! kalau bosan mohon stop baca hehe


Ingat tak post sebelum ni Ruby ada cakap tentang feseni? Kalau ada yang dh update IG akan tahu ngeh3.. 10 Mac 2016, melakar sejarah dengan pengalaman baru di UM, huhu Alhamdulillah dapat tempat ketiga dari 13 pasukan nasyid feseni.. Siapa tak berdebar oii naik atas pentas DTC, huhu..

Boleh klik link ni untuk tonton.. hehe

https://www.youtube.com/watch?v=Y2MomzJusqo




Panas suara sebelum rehearsal



Az-Zahran - Kk7 B



Sedang beraksi. Kalau bijak mana 1 Ruby?? hehe





Selepas show~



Gegirls AZ



Member datang support.. Thanks! Korang memang awesome!
 Ada yang bergigih jalan kaki Mek Inah, Mek Syafa n Cik Sal.. muah ciked!
*photographer Cik Sal, haha





CG (KK12) + AZ (KK7)



Lapaq wehhh.. Siang tadi makan apa ja.. Habis show terus p cari KFC.


Semester 6 dilalui seperti biasa seperti sem-sem yang lain. Cuma Ruby rasa semakin banyak main. haha. Tatau pasai pa.. sat2 keluaq p makan boat noodle, mapley (boleh kata kerap juga), wayang, jalan tar, dataran merdeka.. kalau melekat kt bilik tak tidur tengok movie.. haihh.. sampai malam exam baru nak print nota.. sobbs! 
*mohon jangan contohi :(

Lepas habis je Feseni, 2 hari lepas tu ada pertandingan Futsal anjuran Persatuan Mahasiswa APIUM (PMA). Dengan dah lama tak jognya , fitness pun ke laut sebab sebelum ni fokus untuk nasyid je lebih banyak praktis suara (tapi tak sedap mcm tu juga suara aku ni.. hahaha) main pening2, syukur ada juga tempat ingat kalah awal dah, dah la kalah mati haha.. Dapat Naib Johan keseluruhan sama macam tahun lepas hahah.. TAHNIAH SMPI!! muahh ciked~


Gambar-gambar sepanjang perlawanan berlangsung :)



haha, asal tertonggeng macam ni? -_- ganas betul



Ready!!



Here we go!





My team.. :) 




TAHNIAH SMPI!!
Johan - Bola jaring
Naib Johan - Futsal Team B



Berkelah

Lepas agak kepenatan event bertimpa-timpa.. saje berkelah sebentar ^^ enjoy!




Gigih merempit 12 malam masak di rumah sewa Nurul Fadzilah!




spaghetti dan jemput2 kot?




Muka-muka berkelah di Taman Tasik Perdana, KL. Nice view.




heh?





Acahhh sweeettt! :p



Cinta tak kesampaian.. ehh



Masing-masing merenung siapakah Encik Jodoh yang belum timbul-timbul lagi.. haha
#GengSingle



Masa cuti mid sem, Ruby ada join anak negeri Terengganu untuk program BASIP (anak angkat) ini kali 4 Ruby join dan mungkin kali terakhir sebelum grad sebab sem 8 Ruby dah LM (Latihan Mengajar.. fuhh)


Memory menarik.. jauhhhh perjalanan dari KL-Dungun Then K.Terengganu-Penang.. Program selama 4 hari 3 malam berjalan dengan lancar di kampung Pasir Raja..



Serious tak terduga pun Kampung Pasir Raja di agak pedalaman nak pergi bandar Dungun saje ambil masa lebih kurang sejam lebih nak sampai ke sana. Tidur bangun, bangun tidur tak sampai2 lagi.. haha.. 



Perasmian


Asalnya nak pergi bertiga program ni, last2 jadi berdua.. si Mek Shara tak boleh ikut, dapat pergi dengan Mek Syafawani pun ok lah!! Best!! hee.. Masa First year join Opkim pergi dengan Mek Shara bawah persatuan anak negeri Selangor di Tanjung Karang. Masa Second year, join Basip bawah anak persatuan Kedah di Kulim pergi dengan Mek Syafa dan Mek Kinah. 



Basip dengan Mek Syafa, kalau gaduh tu biasa! haha


Di pendekkan cerita, banyak juga pengalaman baru yang tak dirasai di rumah sendiri mcm toilet berlampukan lilin.. that nais.. tengok keadaan rumah yang pernah ditenggelami banjir besar tahun 2014.. sayu tengok.. ermm.. 



Sejuk, tenang je dalam rumah..



Teruja tengok ayam bertelur atas rumah, haha
Ganas ayam kat sini main terbang-terbang nasib baik tak terjun atas muka T_T


Antara aktiviti menarik di sana mandi air terjun!! hehe.. Lepas panas-panas explorace mandi air terjun.. kembali redha kepanasan! Last mandi air terjun sem 2.. warghh..




Sejuk!






Masing-masing dah kuyup.. Second time naik macam ni..
 rasa macam pelarian minah bangla je dengan macam sardinnya.. haha




Mak angkat masokk pun sedapp ngatt! diet lebur juga time basip hari tu sobbs.. 
Exploraceee.. habis mukaa akuuuu



dengan YDP PERMATA dan junior first year Sabahan


Jadi fasi di SMK Kuala Jengai.. pendalaman.. nak sampai sana jenuh tidoq bangkit tidoq bangkit tak sampai2 lagi.. haha.. 



Teachers To Be~ 



Semoga Berjaya Adik-adik.
Teringat adik-adik aku kat rumah T_T


nais trip sempat pergi tengok pantai setelah sekian lama tak tengok haha.. sedih betul sobbs



Gigih lompat dengan baju batiknya





Selepas mid sem ada satu "turning point" berlaku... turning ni berlaku tak dijangka dan langsung tidak menjangka dan agak-agak nak habis sem juga baru sedar kewujudan kenalan ini.. haha.. sedih betul.. macam kelakar pun ada, macam drama Melayu pun ada.. its okay just go with the flow beb..




Lama dah baq hang duk taram nak makan meat ball neyhh.. sobbs
terima kasih..




Lepas mid sem, ada juga beberapa tempat menarik bagi Ruby la sambil-sambil lepas stress eh stress eh? dahh takan nk study 24h. -___-



Hiking Bukit Batu Putih

3 April 2016, Program Sarjana Muda Pendidikan Islam telah anjurkan program hiking Bukit Batu Putih bawah exco Sukan. Ruby sebagai timbalan exco sukan merangkap timbalan Pengarah program ini berbesar hati menyambut idea baik dari Exco Suka Muiz untuk buat hiking di sini. Sekilo lebih beb berat aku turun.. mungkin sebab 2x kali kot Ruby pergi ke tempat ni. First pergi tengok dulu. Pergi tengok pun mesti kena hiking. Second bawa pelajar.



First time sampai sini 





Nisbah 1 : 3


Second time


Kan ku mendaki ke hatimu hingga ke puncak.. ehh









View cantik beb! tak tinggi sangat pun Bukit Batu Putih.. Try lah






Dinner Kolej

Dinner kolej kali ini dan kali ke 3 Ruby join buat di Royal Chulan.. 




Last dinner kolej, tema BOLLYWOOD!



Junior SMPI. Ehh tersama pulak warna baju dengan tiang.. hoho



Tanjung Karang

Buat apa kat Tanjung Karang?? tengok sawah padi ke?? cari jodoh ke?? ehhh tidakkk mungkin.. haha..

Ingat tak Ruby pernah join anak angkat di Tanjung Karang? So! this time Ruby, Shara, Raihan dan Cik Sal bergigih pergi Tk untuk melawat keluarga angkat dalam pada masa yang sama kami belajar untuk berbekam.. yuhuuu~~

Seronok dapat belajar berbekam dengan Abah angkat, stay satu malam untuk belajar bekam sambil berbekam sekali.. syok uuu!! rasa darah2 kotoq semua keluaq habehh.. dh la bekam 1 badan dengan muka2 sekali aku bekam :D 

P fakulti orang pakat tanya kena love bite ka? woihh aku ingat Tuhan lagi weyy... bekam lah bekam.. :p ni mesti sebab bekam kt muka area dekat dengan leher T_T




Abah terang tentang bekam..




Ce teka apakah benda ini??





First time si Cik Sal ni berbekam.. debor katanya..



Miss Ruby cuba praktik.. ngeh3
Nasib baik aku ni bukan jenis cepat pitam tengok darah.. haha




Muka masing-masing fokus belajar bekam! ^_^ HAHA


Mek Shara : Puteri Gunung Ledang katanyaa..





Cik Sal gigih fokus



Mek Raihan pun tak lepas fokus!






Terima kasih Abah sekeluarga! Barakallah..




Ziarah keluarga angkat Ruby.. sedap Umi dan Kak Bayati masak!
Udang celup tepung win!! 




Ziarah keluarga angkat si Mek Shara.
Promote minyak wangi kakak angkat Mek Shara




Dinner Bersama MB Kedah



haihh.. pipi tu nak ke mana..






Bergambar dengan MB Kedah




Pesta Floria

Yuhuuu!! Pesta Floria ni bagi siapa-siapa yang suka bunga boleh laa pergi haha.. setahun sekali je.. Ruby tak da la minat sangat bunga.. So so la.. saje ambil pengalaman tengok bunga hahaha













Lapaq sangat Cik Sal ni haha



Bunga-bunga cinta.. ehh





Banyak lagi gambar di Floria, dah upload jadi video kat IG hehe



Sebelum final exam, buat julung kalinya SMPI 2013/14 gathering ramai-ramai steamboat! Walaupun tak 100% yang join tapi ok lah ramai juga yang join. Yang pasti lelaki 4 orang join haha.. 4 orang je emm..



Kekenyangan...



Tahun 3 SMPI
Ada lagi 2 sem untuk teruskan perjuangan! Go0o!




Tepi.. tepi.. nak mencelahh.. haha

Rasa sampai sini dulu kot entry. Ini antara yang menarik bagi Ruby sepanjang sem 6.. haha..

Belum terlambat lagi rasanya nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN, hehe.. Yang belum habis puasa 6 masih ada masa lagi.. GO! GO! Jumpa lagi entry akan datang.. heee daa..~