Monday, August 26, 2013

Pra Open House

Me : What? Tangguh Minggu Depan? Alaaaaa...!! Aton dah bagi tahu kawan-kawan kot suruh datang Sabtu ni.. :( 
(dalam hati dah mulaa nak tangkap leleh)

Mak : Mak Ayah ada kerja minggu ni, tangguh minggu depan. Mak janji insyaAllah..

Me : Betul ni?? Ok.. Kena bagitahu semula.. hmm

See..~ Mak sayang Aton kan? haha.. Kejap Aton, Kejap Ruby, What derr...  Cool~

Aton tu panggilan manja untuk family dan yang berdekatan dan
Ruby panggilan untuk kawan-kawan.. So korang nak panggil apa? Ruby! Tak da Aton2.. haha.. Get it?

Then pilih 24/8/2013, Sabtu tarikh keramat julung kalinya Ruby sendiri tergerak hati nak buat open house tapi kos tanggungan semua parents tanggung.. haha.. #sengal

Sebelum bermulanya open house, ada Pra open house.. gulp! Apakah?

Ceritanya macam ni, sebelum Ruby buat open house Sepasang Suami Isteri yang baru diijabkabulkan datang ziarah rumah Ruby.. Perghh! Memang kelam kabot mengemas, mengemop dalam masa 1 jam.. Ingat dah tak jadi datang.. TUP TUP jadi! hah! Amek kau Ruby!!

Siapakah gerangan Suami Isteri tu? krik3

.
.
.
.
.
.




Kak Ida dan Akh Izzaz :)
Barakallah ..





Semangat mak cerita sambil "jentik" buah jentik-jentik.. Kak Ida ingat tak kenangan ni? haha



Mak kupas topik apa ni sampai semua muka berkerut kecuali Ruby! haha cool je ~ err..




Nampak tak ktorg makan secara serentak? hiks.. haha




Terima Kasih Kak Ida dan Akh Izzaz , ada rezeki jemput datang lagi rumah kami yang sederhana ini :)


Wani pun nak bergambar juga ~ OK. 


Imbau kembali Kenangan pergi Walimah mereka di Kulim





Bila Kakak dan Adik BERGABUNG
Btw pandai Kak Ida posing.. haha




Simple and Nice :)



Dah berkemas-kemas kat belakang 
Ruby and Adibah antara tetamu yang terakhir datang, haha.. 



Last one gambar diambil before balik , SENYUM ~ :D

***
 Sampai rumah dalam pukul 6 petang , then Parents ajak siap-siap nak pergi open house YB di Kepala Batas.. ok! jom!


Nampak tak kesesakan dan kemeriahan yang berlaku? -___- 


Macam persembahan ada. Antaranya  persembahan BORIA.. Penang terkenal dengan Boria.. ewaahhh !



Semangat je Mak beratur nak ambil satay kan?? haha.. Adib tengah bersabar je ramai sangat yang main redah potong line.. Kasi "potong" mau? haha


Di sini tempat makan kami, sadis kan? haha
Meja semua dah penuh.. 



Kami bersila ramai-ramai di sini. 
Ammar dan Ayah dah masuk kereta lepas dapat murtabak sebiji, haha.. Kami terpisah sementara.


Dalam pukul 10 malam, kami pun bertolak balik rumah :D letih juga, dalam sehari pergi 2 kenduri , malam pergi open house bersesak sesak nak dapatkan makanan FREE! 

Makanan paling sedap kan makanan FREE.. haha.. Save duit untuk sehari tu.. 

Cukuplah Untuk Entry kali ni, Azan Maghrib pun akan berkumandang kejap lagi.. 

Akan datang insyaAllah Ruby akan kongsikan REAL OPEN HOUSE , kecil-kecilan je buat untuk kawan-kawan dan saudara mara :)

Terima kasih sudi baca.. Bye.. Salam Syawal :)


Saturday, August 17, 2013

Saturday, August 10, 2013

Raya Ini Kali lahh~




Siap-siap di pagi Raya...~ pheww~




Bermaaf-maafan dengan Ayah :')
Ayah.. Aton minta maaf ye.. Aton ni degil sikit.. hee

#abaikan background di belakang >_< biasa laa pagi2 kelam kabot nak raya, haha



Mak ! Aton minta maaf banyak-banyak ye.. Halalkan makan minum Aton.. :(
Aton selalu buat mak geram-geram dengan Aton, tsk tsk 


Selepas solat sunat hari raya aidilfitri, terus pergi ziarah kubur.



Gambar ni Ruby tengah cuci batu nisan arwah adik Azmil (adik Ruby) dan belakang Ruby adalah kubur arwah Tok Wan, sebenarnya kebetulan dapat sebelah-sebelah kubur arwah Tok wan dan Azmil..
Al-Fatihah~




Gambar Raya Family : PURPLE


Dikesempatan ini masih tak terlambat lagi kot,hehe.. saya Robiaton Adawiyah binti Abd Latif mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat Islam di dunia. 


Ramadhan sudah berlalu, semoga ramadhan yang sudah berlalu itu akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita, keikhlasan kita sebagai hamba di muka bumi ini untuk beribadat pada bulan-bulan seterusnya..

 Jangan hanya pada bulan ramadhan kita berpusu-pusu ke masjid, jangan hanya pada bulan ramadhan kita bangun di tengah malam untuk bermunajat kepada Allah.. 

Semoga kita sama-sama istiqamah untuk hari-hari akan datang.. Pesanan & peringatan ini untuk diri sendiri juga sahabat-sahabat 

Salah silap harap dimaafi, Jemput laa datang ke rumah Ruby.. hee :)

****

Entry kali ni simple dan ringkas.. busy beraya .. haha, ada masa nanti insyaAllah Ruby update banyak sikit gambar dengan saudara mara yee... hee


Eh! jangan lupa puasa sunat 6 tau!!!~ bye... :)


Raya kali ini, kita masih berjauhan :( tapi sabar itu indah ^_^

Sunday, August 4, 2013

Profession Baru?

Setelah 2 minggu Ruby kerja di Taska..

Tup tup , dapat offer mengajar di sekolah melalui isteri kawan mak Ruby, Terima kasih mokcik :) .. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan taska.. :(

Demi tambah pengalaman dan ini yang ditunggu-tunggu Ruby. Setelah fikir masak-masak. Maka Ruby pun berhenti dari kerja Taska Kasih Idola.. dan mula mengajar .. tsk tsk tsk :') #mak & giga suruh stay kerja taska ~_~

1) Ruby mengajar di mana??

Ruby mengajar di SMK Penanti, dekat jee dengan rumah Ruby. Tempat mengajar di Surau Asrama.

2) Ruby mengajar subjek apa??

Sebenarnya, Ruby mengajar Pemulihan Al-Quraan bagi para pelajar yang masih belum mahir Al-Quraan. Mula dari Iqra Satu..

3) Berapa lama mengajar??

InsyaAllah bulan 9 ni, Ruby akan mula daftar di UM KL.. Jadi Ruby hanya sempat mengajar lebih kurang 3 minggu, lepas tolak cuti raya semua. Mengajar ni kira ikut jam, dalam masa sebulan, Ruby kena cukupkan mengajar selama 12 jam.. dan kelas pemulihan ini berjalan selama 4 bulan untuk memahirkan para pelajar yang terpilih ini :)

Jadi, pengharapan yang menggunung agar para pelajar yang "terpilih" ini mahir untuk membaca Al-quraan. Al-quraan adalah panduan dunia akhirat. Rugi bagi sesiapa yang masih belum mahir untuk baca Al-quraan tapi MALAS untuk belajar.

Ruby pun masih dalam pembelajaran, dan dalam proses untuk tingkatkan ilmu.. Sama-samalah kita..
Tambah-tambah baca Al-quraan dalam bulan puasa ni, pahalanya berlipat ganda.. MasyaAllah :)
*peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat :)



Sempat snap 1 je.. hehe

*Tinggal 1 lagi target belum tercapai, untuk dicapai dalam masa cuti ini  >_< Manfaatkan cuti sebaik-baiknya!!