Saturday, December 14, 2013

Runsing vs Bahagia?

Minggu depan adalah minggu terakhir kuliah , kemudian STUDY WEEK dan kemudian EXAM.

Fuhh.. Kejap je masa berlalu, rasa mcm baru je lepas Minggu Haluan Siswa (MHS).. 

Dalam Sem 1 ni banyak lagi benda yang perlu belajar bukan sahaja dari sudut akademik malah dalam setiap aspek percakapan, pergaulan, pengurusan masa, kawalan emosi, kewangan dan sebagainya untuk akan datang..

HMMM .. kadang-kadang terasa down teramat down, kadang-kadang rasa semangat, gembira.. bercampur baur.. pernah tak rasa macam ni? tapi puncanya tak tahu yang mana satu? Banyak sangat fikir mungkin..

Perkara yang merunsingkan :

1. Belajar : terfikir sebentar selama di universiti ni , apa yang aku belajar? result? first class? erghh... T_T



2. Kewangan : Boros? rasa macam tak je.. ye ke? kawan-kawan Ruby boros x? rasa kedekut gila kot, selagi ada yang murah , selagi ada yang nak belanja on je.. haha.. Bila duit dah x ada sangat-sangat baru minta parents.. #segan sebenarnya nak minta.. Asasi dulu if duit parents kasi habis at least bole guna duit elaun. Sekarang? JPA tak tanggung course pendidikan.. Dah mula jatuh cinta dengan pendidikan ni tapi bila dalam keadaan kesempitan ini, mungkin perlu berkorban untuk memudahkan yang lain.. Boleh keh macam tu?



Setakat ni dua perkara besar ni yang merunsingkan.. Ada lagi perkara-perkara kecil-kecil (x perlu mungin mention di sini) simpan dalam hati kemas-kemas

Tadi perkara yang merungsingkan.. sekarang Antara perkara yang membahagiakan...

1. Dapat fon dari seorang sahabat .. hiks! :D Jujur cakap terkezot sebenarnya, x kisah fon mahal ke murah ke janji bole guna. Fon Ruby sebelum ni x bole masukkan watsup, if download sekali pun kena telan krdit sedih :( Then fon yang dapat ni, ada watsup. Nampak simple tapi bagi Ruby sangat berharga.. Banyak membantu :) Insta Ruby baru je ada.. hehe.. follow laa kalau rasa nak follow, tak nak x paksa.. haha 



2. Met Weird person.. Apakah? Haha.. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan dan perlu dirungkaikan.. Alhamdulillah satu per satu dirungkaikan dengan baik dan harapan menggunung agar berjalan dengan baik selepas ini dan bertambah baik utk seterusnya..

Melancong ke Singapore pon bole dikategorikan dalam saat membahagiakan tapi x dapat main roller coaster terpanjang itu yang agak menyedihkan coz of dalam proses untuk baik pulih ... hmmm dan rentetan yang lain.. shhh..~

Sorry entry tak berapa nak gempak meletOp kebam bom.. haha.. Nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati sajoo.. 

EXAM.. EXAM.. EXAMM.. psst : macam mana nak kurus ?? eh! kbai..


Friday, December 6, 2013

Byee!!

BYEE Malaysia !!

Maaf salah silap, doakan keselamatan kami pergi dan balik..  Hope cuaca baik di sana.. :)

Panjang umur , ada rezeki Ruby pulang balik ke Malaysia deh.. hihi

Kalau ada nak pesan apa-apa.. PM dan duit sekali.. haha .. Assalamualaikum..





SENYUM :) psstt.. act belakang Ruby tu my English Teacher.. hiks..



Wednesday, December 4, 2013

Mencari Kekuatan yang Hilang.....

Jujur kecewa, terkilan, sedih, gembira semua bercampur baur... Ya Allah ujian demi ujian bertimpa-timpa atas diri yang lemah ini :( tapi masih berpegang teguh dengan ayat suci Al-Quraan ini

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…." (al-Baqarah 286)

Final exam semakin hampir, Ya Allah teguhkan hati ini untuk melalui liku-liku kehidupan ini..

Yakin percaya ada hikmah semua ini, selagi mampu akan terus menunggu dan terus bertahan... Jika sebaliknya, mohon kekuatan kepada yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan yang masih jauh perjalanan selagi hayat dikandung badan. 

Mulut ini kata "lepaskan" tapi hati kata lain.. Dua keadaan yang berbeza tapi semua ini bertitik tolak dengan hati. Perempuan/ Wanita jujur rata-rata bermain dengan emosi.. Kaum lelaki perlu lebih bijak atasi masalah ini, JANGAN ikut rentak mereka! Andai TER ikut rentak mereka sama seperti pendek akal. Fikir sedalam-dalamnya.




Jangan diuji kesetiaan seorang wanita...


Wanita biasa. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, jangan dibiarkan terlalu lama. Tidak mengharapkan lebih, sekadar kebahagiaan,keselesaan, dan ketenangan bertitik tolak dari agama. Rentetan dari ini akan wujud kemewahan.. Kemewahan dari pelbagai sudut : wang, kerjaya, pendidikan, zuriat.....


Hidup di dunia sementara, untuk dapatkan akhirat perlu dapatkan dunia juga tapi biarlah seimbang. Mengigatkan diri ini yang mudah alpa, manusia biasa yang melakukan kesilapan.


#IkhlasDariHati #TerkesanDalamHati




Yakin dan Pasti dengan janji Allah :')