Sunday, April 26, 2015

Be Wise

Hampir sebULan tak update blog selepas "peristiwa" yang tidak diduga berlaku.. Semuanya pasti ada hikmah.. 


Cuba mencari kekuatan di celah-celah kesibukan sebagai seorang pelajar yang masih menuntut ilmu. Dalam kesibukan perlu juga cari ruang untuk diri sendiri. Setiap orang cara luahannya berbeza. Mungkin cara luahan Ruby melalui keluarga, sahabat, dan blog. ^_^


Terasa jatuh tersungkur di saat kesepian, bersendirian :( 
Saat bersama-sama dengan sahabat-sahabat sekurang-kurangnya kurang sedikit "penderitaan" yang dialami. 



Tidak perlu ulas lebih lanjut "peristiwa" apakah yang berlaku. Rasanya semua sudah jelas, keputusan pun telah dibuat. Cuma  sebelum nak tutup buku. Beberapa faktor perlu dipertingkatkan sebelum sebarang keputusan dibuat. Sekadar renungan bersama. 




  • Sebarang keputusan yang kita lakukan perlu ambil kira faktor sekeliling kita. DON'T BE TOO SELFISH! Fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan. NOTED TO MYSELF!

  • Jangan buat keputusan ketika marah, serabut, serabai, dan seangkatannya. Keputusan yang dipengaruhi emosi sebenarnya akan makan diri sendiri. Menyesal pun tak guna dah. 


  • Dalam menuntut ilmu, penelitian, "pengkajian" kononnya. Perkara utama adalah berguru. Kita bole lihat, Ekstrimis dalam agama ini kebanyakkan berpunca dari penemuan sesuatu yang baru kemudian terima bulat-bulat tanpa berguru, minta pendapat orang yang tahu selok belok agama. Ok lah awak kata melalui "pengkajian" awak berkenaan pengetahuan general semua orang tahu, so tak perlu "berguru". Hellooo... bro kalau seribu sejuta orang macam awak ni saya tak tahu dunia kita jadi apa. First thing, nampak sangat kepercayaan terhadap diri sendiri yang "overdose" sehingga keputusan diri sendiri je yg btl tanpa fikir jiwa dan perasaan orang lain. TAKE NOTE!

  • Face to face. Asalnya tak nak bersemuka "katanya" boleh selesaikan dalam telefon. Helloo.. teori mana pakai ni? Tak semua masalah boleh diselesaikan dalam alam maya.kemonnn fikir guna akal bukan emosi. Be gentle lah kemonn..


  • Ilham diberi dengan pelbagai cara. Dah pernah istikarah minta petunjuk? Dah bermunajat? NOPE! Wah2.. tinggi betul dapat ilham dengan kepercayaan terhadap diri sendiri yang menggunung. Pernah dengar tak orang kata "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA?" haaa... Pergi hadam betul-betul maksud ni, tak perlu rasanya saya hadamkan sebab awak yakin tahap "overdose" dengan diri sendiri kan? HAHAHA


Annoying Face. Haha


Semua orang pernah lakukan kesilapan. Dan semua orang berpeluang untuk berubah. Tidak ada siapa pun nak halang kalau nak berubah ke arah kebaikan. Sejauh mana nak berubah itu kalau menyakiti hati orang sekeliling? You have to think about it.


 Mungkin dengan cara "menghukum diri sendiri" itu yang terbaik? Just wait and see. But I don't want to see you again and again. Simpan je lah  "kawan" tu sampai reput.:P





Hargai orang sekeliling kita sebelum terlambat. Noted to myself :)
Love You :(