Sunday, October 18, 2015

Merenung Keluar Jendela...

Hidup ni ada kadang-kadang naik, kadang-kadang turun.
Kadang tak nak terfikir pun tapi akan terfikir juga.

Kita boleh nak tipu semua orang, tapi kita tak akn boleh tipu hati sendiri. Jangan disalahkan takdir atas apa semua yang berlaku. Mustahil, ikut logik akal.. baja yg disemai, membuahkan hasil sekian lama mustahil terkubur sekali gus. Sisa itu pasti tinggal.. buat masa sekarang biarkan tumpu pada niat asal.. doa, usaha tu penting. Tak ada benda yang akan datang bergolek.. :)


Perubahan yang baik itu bagus. Kembali kepada fitrah asal manusia. Untuk kembali kepada fitrah asal memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu perlu selaras dengan matlamat yang baik. Ingat! matlamat tidak menghalalkan cara ^_^ 


Berterus terang itu baik, perlu ingat tiada apa yang mustahil melainkan doa. Tolak ke tepi ego yg tinggi. Tinggi sangat ego bukan boleh bawa masuk kubur. Cari ketenangan jiwa yang hakiki. Dari ketenangan ini akan lahir hasil yang berkualiti. #muhasabahdiri





Saturday, August 22, 2015

"New Life!!"

Pejam celik pejam celik habis sudah semester 4..! kejap je.. blog ni pun lama x update mem"busy" kan diri dengan perkara lain hehe...


"Perkara" yang lalu biarkan berlalu pergi, cuba bina "NEW LIFE" bersama-sama orang sekeliling yang kenal erti kasih sayang, kenal erti menghargai dari situ belajar dari mereka untuk terus kuat dan tabah! yuhuuu...~


Keputusan peperiksaan semester 4 pun dah keluar, keluar sehari sebelum raya.. goshh!! nak terkeluar jantung..! UNEXPECTED RESULT! *rasa jantung berhenti kejap tengok result* time tu kat kampung tengah sibuk buat ketupat, gulai daging 7 kilo tiba-tiba result keluar... ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. Kekecewaan 4 bulan yang lalu terubat la juga. Yeah! Berkat bulan Ramadhan..



kuih lepat inti :)



bergabung tenaga balut ketupat!



daging 7 kilo!

Nak kata study sangat tak juga sebab time tu macam-macam "perkara" berlaku dan masa untuk study singkat sangat. First time final exam time bulan puasa, time tidur pun tungang langgang haha.. jarak antara satu paper ke satu paper dekat sangat, exam berderet, berapa kali telan panadol, 100+, ubat selsema nak demam punya pasal -_- 

Yakin dengan rezeki Allah yang luas, doa mak ayah, sahabat-sahabat insyaAllah ada jalannya. Ada seorang sahabat Ruby ni, time Nilam Puri dia legend result 2 sem berturut-turut 4 FLAT. Kata-kata melekat kat kepala sampai sekarang haha..

"Percayalah Ruby.. time single ni result kau akan naikk.. tengok aku dulu time single la 4 FLAT.. HAHA"

*******

Perkara yang cuba mem"busy" kan diri, Ruby join balik silat olahraga setelah stop since Form 5 dulu.. lama gila kan? Mimpi apa tiba-tiba join balik? ahaaa..... Mencuba sesuatu yang baru dalam hidup setelah semakin tua ni.. haha



Training silat MASUM sebelum game

Tipulah kalau tak injured main silat ni >_< training seminggu then pergi lawan, hoho. Ruby mula-mula tak dapat bayang, tapi redah je la.. Alhamdulillah berjaya sampai suku akhir, kalah tipis 3-2 , sobbs tak dapat bawa balik medal at least gangsa.. huhu.. 


Tapi Ruby puas hati juga! sebab benda ni Ruby nak main lama dah tapi "dihalang" oleh someone. Its okay lepas "putus" je terus join hahaha ~_~ dapat kenalan baru, coach baru, skill baru, LEBAM BARU kui3..



good luck guys!



Bukan senang oh nak maintain berat ni.. 
wajib reduce 3 kilo menangis tengok nasi :'( time ni berat kembali normal tak overweight dah.. haha


Lebih kurang 2 minggu juga gadai cuti semester balik UM dan pergi MASUM di UTM, Johor. Pengalaman bermakna juga dapat tengok IPTA-IPTA lain bertanding :)


Jomm kita layan gambar-gambar yang sempat di snap sepanjang silat MASUM 2015, UTM, Johor.



Rehat 1 Minit


Pengumuman kekalahan Suku Akhir 3-2 *muka tak puas hati* Sobbs
Salah sendiri siapa suruh bagi tolak markah banyak sangat >_<



Hanya mampu memandang kalau time makan nasi. 
Reduce weight >_<



Penyampaian hadiah pun dah selesai, wefie !
 Budak-budak silat UPNM pun mencelah masuk.. :D


Sampai sini dulu lah Ruby update, cuti semester sekarang Ruby tengah kerja, isi masa lapang. hehe.. Ada masa lagi Ruby update insyaAllah. 

Doakan kita sama-sama kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya! WELCOME "NEW LIFE!!"

Sunday, April 26, 2015

Be Wise

Hampir sebULan tak update blog selepas "peristiwa" yang tidak diduga berlaku.. Semuanya pasti ada hikmah.. 


Cuba mencari kekuatan di celah-celah kesibukan sebagai seorang pelajar yang masih menuntut ilmu. Dalam kesibukan perlu juga cari ruang untuk diri sendiri. Setiap orang cara luahannya berbeza. Mungkin cara luahan Ruby melalui keluarga, sahabat, dan blog. ^_^


Terasa jatuh tersungkur di saat kesepian, bersendirian :( 
Saat bersama-sama dengan sahabat-sahabat sekurang-kurangnya kurang sedikit "penderitaan" yang dialami. 



Tidak perlu ulas lebih lanjut "peristiwa" apakah yang berlaku. Rasanya semua sudah jelas, keputusan pun telah dibuat. Cuma  sebelum nak tutup buku. Beberapa faktor perlu dipertingkatkan sebelum sebarang keputusan dibuat. Sekadar renungan bersama. 




  • Sebarang keputusan yang kita lakukan perlu ambil kira faktor sekeliling kita. DON'T BE TOO SELFISH! Fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan. NOTED TO MYSELF!

  • Jangan buat keputusan ketika marah, serabut, serabai, dan seangkatannya. Keputusan yang dipengaruhi emosi sebenarnya akan makan diri sendiri. Menyesal pun tak guna dah. 


  • Dalam menuntut ilmu, penelitian, "pengkajian" kononnya. Perkara utama adalah berguru. Kita bole lihat, Ekstrimis dalam agama ini kebanyakkan berpunca dari penemuan sesuatu yang baru kemudian terima bulat-bulat tanpa berguru, minta pendapat orang yang tahu selok belok agama. Ok lah awak kata melalui "pengkajian" awak berkenaan pengetahuan general semua orang tahu, so tak perlu "berguru". Hellooo... bro kalau seribu sejuta orang macam awak ni saya tak tahu dunia kita jadi apa. First thing, nampak sangat kepercayaan terhadap diri sendiri yang "overdose" sehingga keputusan diri sendiri je yg btl tanpa fikir jiwa dan perasaan orang lain. TAKE NOTE!

  • Face to face. Asalnya tak nak bersemuka "katanya" boleh selesaikan dalam telefon. Helloo.. teori mana pakai ni? Tak semua masalah boleh diselesaikan dalam alam maya.kemonnn fikir guna akal bukan emosi. Be gentle lah kemonn..


  • Ilham diberi dengan pelbagai cara. Dah pernah istikarah minta petunjuk? Dah bermunajat? NOPE! Wah2.. tinggi betul dapat ilham dengan kepercayaan terhadap diri sendiri yang menggunung. Pernah dengar tak orang kata "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA?" haaa... Pergi hadam betul-betul maksud ni, tak perlu rasanya saya hadamkan sebab awak yakin tahap "overdose" dengan diri sendiri kan? HAHAHA


Annoying Face. Haha


Semua orang pernah lakukan kesilapan. Dan semua orang berpeluang untuk berubah. Tidak ada siapa pun nak halang kalau nak berubah ke arah kebaikan. Sejauh mana nak berubah itu kalau menyakiti hati orang sekeliling? You have to think about it.


 Mungkin dengan cara "menghukum diri sendiri" itu yang terbaik? Just wait and see. But I don't want to see you again and again. Simpan je lah  "kawan" tu sampai reput.:P





Hargai orang sekeliling kita sebelum terlambat. Noted to myself :)
Love You :(

Sunday, March 29, 2015

Be Strong.

Tak tahu nak mula dari mana...

Cuma apa yang dirasai hari ni cuma satu...

K.E.C.E.W.A.



Kecewa dengan diri sendiri..





Bila scroll balik entry dulu-dulu... Sayu sangat rasa tak pernah lagi rasa macam ni sebelum ni... :(

Hidup perlu diteruskan.. Kecewa, luluh macam mana pun hati ni.. Kena kuat..

Perlu sedar.. Masih ada orang sekeliling yang menyayangi...



Cinta Ilahi, Cinta Hakiki..

InsyaAllah akan MEMAAFKAN segala kesalahan yang lepas, SETELAH berbincang dan jika memang tidak ada jalan PENYELESAIAN its ok. Just go don't see, see me again.. NOTED! 

Sementara belum move on. Fikir balik sedalam-dalamnya. Jangan menyesal seumur hidup. Cari semula identiti diri.

Cuba JANGAN campurkan masalah kerja dalam urusan peribadi. GET IT?

Bye. Just be strong.




Bukan UGUTAN, 
tapi sebagai PERINGATAN.

Friday, February 27, 2015

Wish Me Luck!

Wohaa! Semester baru...............



Awal semester muka dah cegini ~_~

Semester 4. Semoga pertambahan semester ini, ilmu bertambah, kesetiaan dan kesabaran bertambah. Ehh.. haha.. I mean perlu banyak belajar lagi erti kesabaran, ketabahan dalam mengharungi liku-liku kehidupan.. heee



Senyum.. senyum selalu..



Ermmm....



K. Bye. Haha.. Wish me luck! :)

Tuesday, February 3, 2015

Sepi Kembali Besinar :)

Hai! Assalamualaikum... Tautan kasih ruby blogspot kembali semula setelah hampir tiga bulan menyepii hehe...

Apa khabar? Sihat? atau "sihat-sihat"? hoho

Semester 3 baru saja melabuhkan tirai, another 5 semester menantii.. pheww~

And now Ruby dah berada di Penang! Home Sweet Home. ^_^
dan sekarang sudah pindah di rumah baru yang setelah sekian lama mak sewakan sebelum ini di Taman Pauh Jaya :) Jemput mai rumah hehe..

Kalau nak ceritakan pengalaman semester 3 banyak sangatt tak terungkap ada suka ada duga.. *lumrah kehidupan* mengajar erti kehidupan belajar dari pengalaman :)

Rasanya belum terlambat lagi nak ucap HAPPY NEW YEAR 2015 hehe.. umur pun semakin bertambah 20++ haha, tapi birthday lambat lagi 2 oktober nanti.. 

Cuti kali ni saja Ruby cuba ceburkan diri lagi, cari pengalaman dalam pendidikan. Nak sebatikan diri dengan dunia pendidikan bukan senang oih!



Teacher Ruby. Tak garang pun, haha



Aktiviti di dalam kelas. Teacher Ruby diberi taklifan mengajar 6 years.

kanak-kanak lelaki selalu macam ni.. atas meja bawah meja semua diredahnya..



see.. kanak-kanak perempuan sopan santun gittew~



ini budak cannot speak Malay ma.. Bapanya mualaf chineese. :) 


Tadika Iman Muslim Caliphs.
Semoga diberi kekuatan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa seagama, 
perghh ayat ~~ tak boleh padu lagi ka?



Tadika ni berdekatan dengan rumah Ruby ja.. Pagi-pagi berjalan kaki sambil bersenam ke tadika. hoho..


btw Ruby tengah merancang vacation konon reward untuk myself yang semakin hari semakin tua ni.. haha.. ada apa2 cadangan tak? tempat yg menarik ke.. Krabi? Korea? Bandung?