Monday, January 20, 2014

After 13

13 Januari 2014 10.30 pagi................................Calon diminta berhenti menulis.. Calon boleh bersurai............

Alhamdulillah.. berakhir sudah semester 1 Tahun 1 di Universiti Malaya Kuala Lumpur, #gayamacamdahnakgradkan? poyo je lebih.. haha.. biarlah hanya yang belajar yang merasai nak lepas satu demi satu sem... blerghhh..




Tak perlu bawa slip exam bawa PLASTIK exam.. 
Tanya soalan apa yang keluar tak pa TAPI jangan tanya bole jawab ke tak T_T



Warga SMPI - Pengajian Islam batch 13/14 (all girls)

Saat ini waktu untuk berdoa dan tawakal semoga dilembutkan hati pemeriksa dan dapat result yang cemerlang amin......

Lepas exam agenda diatur sebaik-baiknya sebelum pulang ke kampung, masa belajar ni dan sementara masih single peluang untuk mencari pengalaman dan teroka alam ini . haha, dah kenapa ayat cannot go ni :p

Keesokan harinya lepas.....

14-15/1/14 Selasa & Rabu

Sejak exam lagi merancang untuk ke Gombak rumah mak sedara, dari KISAS lagi berhajat nak ke sana, alam degree ni baru berkesempatan setelah hampir 5 tahun.. hoho

Buat kali pertamanya dapat breakfast di Bangi Kopitiam, boleh tahan harganya.. Terima Kasih pakcik belanja ... hee

Then petang Ruby and acik g derak ke Masjid Jamek area Jalan TAR, sogo, first lady. Mak memesan dari jauh untuk memborong segala tudung dan kerongsang borong di sana >_<


Memborong di Jalan TAR 
*abaikan baju yang Ruby pakai dan perhatikan tudung yang sedang dicuba oleh acik.. hewhew

Harga agak berpatutan, beli banyak boleh dapat murah. No money No Talk. krik3
Mak pun dengan semangatnya bank in duit shopping untuknya.

Acik pon boleh tahan membeli belahnya, sampai boleh beli satu beg khas letak semua barang-barang yang diborong dalam beg tu.. haha

Sesiapa yang kaki shopping ke kaki jalan ke yang nak menikmati keindahan Kuala Lumpur, KLCC, menara berkembar pun dekat juga dengan area Jalan TAR ni :)

Setelah beberapa jam meronda kawasan jalan TAR sampai terasa berjalan seperti ketiadaan kaki.. haha .. boleh bayang tak?? Pulanglah ke UM semula lepas beli tiket bas balik Penang.

Ramai juga terserempak dengan students UM meronda di sana almaklum lah dah habis exam kan.. :)

yang paling tak tahan terserempak dengan 2 orang kawan Ruby mati-mati tak percaya acik Ruby tu mak sedara Ruby.. Dorg cakap roomate? hahaha.. kesian acik, awet muda nak buat macam mana.. dah ada anak kot *my cousin~




16/1/2014 - Khamis

Ouh! Yeahhh! Agenda seterusnya Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yuk!




Kenalkan kawan+sahabat Ruby insyaAllah.. hee suka berkawan dengan si comel cilik ni..
Kecik molek tapi gigih orangnya.. haha.. Umi Khalsom, Klang. Student UIA, Biomedik




Kaki kami ditanam "hidup-hidup" tsk tsk 




Yess! Jet ski~ broom broomm


                                                 

Kami Berempat.. Maaf sengal-sengal sikit je..



Senyum :) Gabungan dari kiri USIM , UM, UIA, UITM 




sebenarnya Ruby jeles dengan gigi umi #cantik #tersusun.. sekian.. haha
Abaikan kesengalan pakcik berbaju kelabu itu.. huhu


Sekadar pandangan Ruby, kalau nak berkelah nak main banana boat ke, jet ski ke lebih baik ambil package murah tapi peserta yang ikut kena ramai baru jimat , enjoy dan puas hati.. :)

Kat sana ktorang sempat berkelah, main air, jet ski, "tanam" orang. Lebih banyak sesi luahan 'isi hati' geram ke , bengang ke.. >_<

17/1/2014 - Jumaat

Berkemas ! Pulang ke negeri tercinta "PENANG!! HERE I COME!~" 

Dikesempatan ini Ruby mengucapkan selamat bercuti sem lebih kurang sebulan, mengigatkan diri ini juga manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya, makan lah selagi boleh makan, tidur selagi boleh tidur.. haha.. pesanan ni boleh pakai ke? hihi



Bye.. Selamat Bercuti Kawan-kawan :) muahhahaha

No comments:

Post a Comment