SELAMAT TAHUN BARU 2013!
HAPPY NEW YEAR 2013!
新年好
سنة جديدة سعيدة
![]()
-Walaupun x secantik mcm arch design,
saya ada cita2 yg tinggi..Prof Madya Ruby Latif insyaAllah.
Sama2 kita doakan yg terbaik. Good Luck Ruby! :)
Setiap orang mesti nk yg terbaik dalam hidup dia kan? Perlu merancang dgn baik.
Antara tips utk org yg nk berjaya :
1. Teruskan belajar
Ilmu Allah itu sangat luas, siapa lah kita untuk berhenti daripada terus
belajar kerana pelajaran tidak akan terhenti dan akan sentiasa ada
selagi kita masih bernyawa.
2. Banyak mendengar daripada bercakap
Orang yang lebih banyak mendengar akan lebih menghayati dan memahami apa
yang disampaikan kepadanya dan pada masa yang sama boleh mengambil
pelajaran dan pengajaran. Seterusnya menganalisis peluang, menambahbaik
dan menggunakan ruang sedia ada dengan sebaik mungkin.
3. Luaskan pergaulan
Luaskan pergaulan tanpa mengira pangkat dan sosio ekonomi supaya kita
boleh belajar dan mendapat pengetahuan daripada pelbagai latar belakang
manusia. Orang yang berjaya akan dapat mencari dan menilai peluang/idea
hasil daripada pergaulan dengan orang ramai. Paling penting sentiasa
merendah diri dan jangan sesekali menyakiti atau mengguris hati orang
lain di dalam pergaulan kita.
Sekadar Renungan: KITA 'ORANG PERTAMA' ATAU 'ORANG KEDUA'
1. Selembar kain putih dan titik hitam di atas kain tersebut;
Orang Pertama:
Amat terganggu dengan kehadiran titik hitam tersebut.
Orang Kedua:
Merasa syukur kerana masih banyak ruang pada kain putih yang boleh digunakan dan tidak terganggu dengan titik hitam tersebut.
2. Mata lebah atau Mata lalat;
Orang Pertama:
Mata Lalat - Walaupun berada di sebuah kebun bunga, ia hanya memandang dan mencari yang sesuatu yang busuk.
Orang Kedua:
Mata Lebah - Walaupun berada di tempat yang busuk, masih sibuk mencari bunga dan nektar/wangian.
-Jadi stp org tahu kemampuan masing2, Ruby awak dah tahu awak tak genius mana, tak pe, slow2. Awak pun igtkan Ruby masa UPSR, PMR, SPM mak tak mengharap tinggi sgt terhadap result awak sbb mak tahu kemampuan awak masa di sekolah. Awak banyak main dari kecil sampai lah sekarang. Awak tahu sejauh mana kemampuan awak, biar orang lain study bagai nk gila. Tapi kita study gila2 smart. Kena ingat juga, ank sulung memaikan peranan penting dalam menjadi role model dan menjadi contoh tauladan utk adik2. Mak Ayah selalu pesan, "Aton, apa yg Aton buat sebenarnya dalam diam adik2 sedang mencontohi, if Aton buat baik, rajin, adik2 akan baik dan rajin. If Aton buat buruk, malas, adik2 akan ikut". *terkedu. Ayah jarang bersuara melainkan perlu. Dlm diam sebenarnya ayah memerhatikan. Sebenarnya berat juga tanggungjawab anak sulung bagi yg betul2 memahami erti ANAK SULUNG. Bagi PELAJAR semester 4 yg pasti semua mengharapkan dapat beri yg terbaik di APIUM ini. InsyaAllah :) ![]() |